1. Salinan Kad Pengenalan/Passport/Pas Pelajar dan Lesen Memandu yang sah dan belum tamat tempoh,serta bil utiliti (bil air/elektrik/astro) bagi penyewa dan penjamin.
2. Harga sewa kenderaan tertakluk kepada budi bicara syarikat dan dipersetujui penyewa ketika pengesahan sewaan dibuat.
3. Deposit minima RM 50 sehingga RM 100 dikenakan semasa menyewa (mengikut jenis kereta). Deposit akan dikembalikan sekiranya kereta dikembalikan dengan baik dalam tempoh seminggu. Jika tempahan dibatalkan,hendaklah dibuat 2 hari sebelum tarikh kereta diambil,jika kurang dari tempoh tersebut,deposit tidak akan dikembalikan.
4. Caj dikenakan setiap penghantaran dan pemulangan kereta mengikut kawasan. KLIA dan KLIA2 (rm40) dan Subang Airport, Subang, Petaling Jaya, Shah Alam dan Damansara(percuma).
5. Tiada diskaun pada hari Cuti Umum dan Cuti Sekolah.
6. Waktu penghantaran dan pemulangan kereta sekitar jam 8.30 pagi sehingga 10.00 malam, jika di luar waktu urusan,caj RM 20.00 dikenakan. Pada hari Jumaat,rehat untuk solat Jumaat dari jam 12.30 sehingga 2.30 petang. Penghantaran dan pemulangan kereta hanya akan dibuat sebelum dan selepas tempoh tersebut.
7. Kereta yang lambat dikembalikan akan dikenakan caj RM 10.00 (mengikut jenis kereta) bagi setiap jam.
8. Sekiranya penyewa tidak mengembalikan kereta melebihi tempoh 12 jam dari tempoh penyewaan tanpa sebarang makluman/pemberitahuan kepada pihak kami,laporan polis akan dibuat terhadap penyewa.
9. Minyak kereta hendaklah dipulangkan seperti dalam keadaan yang sama ketika diambil.
10. Penyewa akan menjaga kereta sewaan dengan baik.
11. Penyewa akan mematuhi segala peraturan jalan raya, dan menjadi pemandu berhemah.
12. Penyewa tidak menggunakan kereta ini untuk tujuan jenayah/ maksiat/ penyeludupan, perlumbaan dan sebarang aktiviti yang melanggar Undang-Undang Kerajaan Malaysia.
13. Penyewa tidak dibenarkan membawa kereta sewa keluar dari sempadan Malaysia.
14. Penyewa tidak dibenarkan menukar,mengambil sebarang alat ganti terhadap kereta yang disewa.Laporan polis akan dibuat jika ada kes curi spare part kenderaan yang disewa.
15. Penyewa juga berjanji akan menanggung sebarang kerugian, kerosakan dan saman sekiranya berlaku semasa dalam tempoh sewaan. Deposit akan dipulangkan selepas pihak syarikat mendapati penyewa bebas dari sebarang masalah.
16. Jika kereta yang disewa terlibat dalam kemalangan dan dimasukkan ke bengkel,penyewa perlu membayar separuh daripada kadar sewa sepanjang tempoh tersebut serta kos pembaikan kereta.
17. Penyewa wajib menjelaskan segala baki tertunggak, kerosakan kenderaan luaran dan dalaman, saman, kompaun jika terdapat semasa tempoh penyewaan.
18. Sekiranya didapati bahagian dalam kereta tertumpah air atau makanan,contoh terkena coklat pada kusyen/air tertumpah di dashboard kereta,panel pintu atau kusyen, caj RM 7 akan dikenakan.
19. Haiwan peliharaan, durian dan minuman keras,dilarang dibawa masuk ke dalam kereta sewa.
No comments:
Post a Comment